Related Posts with Thumbnails

Bismillahirrahmannirrahim..


Assalammualaikum warahmatullah

Kaif hal antum semua di luar sana? Wah terasa amat lama papan kekunci ini tidak diusik. Barangkali kerana kesibukan yang melampau sejak akhir2 ini membuatkan blog ini sudah mula berhabuk. Fuh,fuh kita tiup sket bagi bersih blog ni. Kalau ada yang terbatuk tu, cepat-cepat tutup hidung. Asif jiddan atas segalanya.


Tajuk entry ana kali ini ialah POSTING. Wah nampaknya bunyi macam dah tak sabar nak posting ana ni kan? But actually, that is not the matter. The matter here is that, where should I go for posting? Should I stay here in Kedah or going back to my family in Selangor. Mom always advices me to stay in Selangor since there is nobody to take care of my parents. My beloved brothers and sisters most of them have gotten married and have their own lives, so my parents feel lonely. Almaklum, kat rumah ana la ni, tinggai adik lelaki and my brother. Anak pompuan langsung xdok ngn mak abah sekarang.


Mozaik 1

Ana seronok nk stay Kedah. Almaklum dah terasa macam rumah sendiri kat cni. I have been taken well by ikhwah dan akhawat di sini. Pakcik dan makcik2 kat cni sumenye memang fantastics. I am treated as if I were their daughters. It really fells like home. And the most important cause for me to stay here is that, I know that my tarbiyyah akan berterusan. Lagipun kita tak tau if we to another place, they will treat us the way I got here in Kedah. Even di Penang sekalipun ana tak dapat layanan VIP macam kat cni. But it is not wrong to try.


Mozaik 2

Terasa rindu untuk mencurahkan bakti kepada anak-anak bangsa di bumi bertuah, Selangor Darul Ehsan. Tak pernah terbayang ana akan jadi perantau sejauh ini. Adik-beradik ana yang paling jauh masa belajar dulu pun kat Ipoh, Perak jer. Bila dah tercampak kat bumi jelapang padi dan bumi mutiara, wah terasa sangatlah jauh. Tak berkesempatan untuk menyambung pengajian di luar negara, but suatu hari nanti pasti ana akan pergi ke sana jua, inshaAllahu ameen. Memikirkan parents yang sememangnya sudah tidak berupaya untuk bergerak jauh, terasa berat hati ini untuk pergi jauh dari mereka. Makin sedih apabila abah pasti tak kan dapat hadir seisi konvokesyen ana tahun hadapan lantaran penyakitnya itu. Mak pula, lebih kuranglah. Tak gamak nk mintak mak abah jalan jejauh. And yang paling best kerana alasan ini jugalah mak tak bagi ana cari bakal suami orang jejauh. Allahu musta’an.


Mozaik 3

Kerinduan untuk kaki ini menjejakkan kaki ke tempat baru. Hati ini terasa amatlah ingin menjejakkan kaki ke negeri minang kabau yang terkenal dengan adat pepatihnya. Ana jenis yang ske untuk belajar loghat baru. Hari tu Pakcik Faisol dan puji ana kata loghat utara ana dah macam orang tempatan. So meaning now I have to learn a new accent lah plak. ana bukan tak mahu ke negeri pantai timur, nak nak ke negeri barakah , Kelantan Darul Naim. But ana tak boleh pi lah dengan loghat depa. Pekat sangat, I knew that I cannot learn theirlanguage’. Tapi macam biasa, belum coba belum tahu. Who knows. Yang paling penting my mom ana dah reject siap-siap calon menantu dari bumi barakah ini. Tapi siapa tahu, jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau ma kana reject sekalipun, if orang dari bumi ini yang Allah ingin titipkan buat ana, tiada sapa dapat menghalang. Tapi biasanya doa mak ni maqbul. So bersedialah ye Solehah…


Resolusi

Tak de lagi setakat ini.


Macam ini lah hidup. Penuh dengan teka-teki. Tak semua yang kita rancang kita dapat laksanakan. Dan tak semua yang kita hendak, kita dapat. Walau macamane sayangnye kita pada sesuatu, jika Allah tidak izinkan ianya berlaku, maka takkan berlakulah ia. Maka ana pohon doa dari anda semua yang terbaik buat ana. Usia yang semakin meningkat ini akan memberikan cabaran hidup yang lebih mencabar. Sekarang bukan masa untuk bergurau senda dan bermain-main. Banyak lagi kerja yang perlu kita laksanakan. Selepas ini, jika ditaqdirkan harus berpisah sekali lagi dengan family ana, ana harap ana boleh bersabar dan bertabah. Nak adapt dengan dunia baru pastinya sukar. Dan mohon doakan agar ana terus tsabat walau di mana ana berada selepas ini.


“Sesunguguhnya orang-orang beriman dan berhijrah serta berjuang di jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang mengharap rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”


“Kemudian sesungguhnya Tuhanmu memberi rahmat bagi orang yang berhijrah setelah sebelumnya mendapat ujian, lalu mereka berjuang dan bersabar. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Allahu a’lam


nota ralat: surah dan ayat quran di atas akan dimasukkan kemudian.terlupa plak nk quote tadi.

Bismillahirahmanirrahim


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalammualaikum warahmatullah

Rasanya masih belum terlambat untuk ana mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 masihi kepada rakan-rakan pembaca blog ini. Mungkin tidak terlalu relevan untuk ana mengucapkan ucapan tahun baru ini, namun sekadar untuk mengingatkan kita semua bahawa masa semakin pantas berlalu. Yes as I said before, we are running out of time, so what will you do to improve yourself and ummah?????

Seawal masa menginjak ke tahun baru, pelbagai mehnah dan tribulasi ana lalui. Dan semuanya melibatkan HATI. Ana ingin berkongsi beberapa kisah kesedihan ana dan sahabiat seperjuangan ana, you know who you are, di sini bersama antum antunna sekalian dan sekadar untuk kita semua mengambil ikhtibar dari kisah-kisah ini. Ini bukan kisah sedih untuk meratapi pemergian tetapi adalah sebuah kisah yang mengajar kita betapa perlunya UKHUWAH dan TAUTAN HATI yang mantap antara kita sesama manusia dan ALLAH. Kebergantungan kita pada Allah adalah jaminan paling kukuh untuk memastikan kita terus tsabat di jalan ini.

Monolog 1.

Seawal musim kami sedang bersemangat untuk membaiki diri dan jamaah, ana dikejutkan dengan pelbagai kisah yang mengguris hati. Seawal pagi sebelum ana berangkat menuju medan pertemuan pertama KARISMA SINTOK di awal pagi 1 Januari 2010, sebelum berlepas ke SRAZ, ana mendapat sebuah mesej, memberitakan bahawa akhawat ini yang ana sangat berharap untuk menjadi pimpinan tertinggi kelak menarik diri daripada memikul taklifan ini. Lantaran dirinya tidak boleh memberi komitmen kerana masalah jadual yang padat menyebabkan beliau mengundur diri, Dengan berat hati ana melepaskan beliau pergi. Di pagi hari sesampainya di Jitra , hati masih lagi terasa sedih dengan keputusan beliau, namun ana menabahkan hati supaya redho dengan pemergiannya. Dan pada malam harinya pula, seorang akhawat yang juga antara akhawat yang ana harapkan menarik diri lantaran masalah hati yang rasanya hanya dia dan ALLAH yang boleh selesaikan. Sekali lagi ana terpaksa pasrah dengan ketentuan ini.

Monolog 2.

Keesokan harinya, di saat hati masih lagi gundah memikirkan masa depan ikhwah akhawat yang semakin pupus, ana sedari awal pagi menyiapkan sebuah warkah buat KARISMA JELAPANG PADI ini. Dan warkah tersebut hanya akan publish apabila telah terbentuknya K-KEDAH@K-PADI kelak, inshaAllah. Warkah tersebut ditulis sebagai antara warkah yang ingin ana sampaikan buat tatapan ana dan barisan pimpinan sekalian dan jugak pakcik makcik agar kami sama-sama menyumbang tenaga yang lebih dalam rangka usaha membangunkan barisan pelapis penggerak KARISMA JELAPANG PADI ini. Namun pada malam harinya, mesej dari wani masuk. Bertanya sesuatu yang ana sudah tahu tapi masih menunggu kepastian. Dan akhirnya sekali lagi berita tak best ana terima. Salah seorang anak usrah ana telah kembali menjadi dirinya semasa seperti di zaman jahiliyyah beliau, astagfirullah. Hampir saja airmata ini gugur, namun sekali lagi ALLAH sedang menguji ana. Ini barangkali adalah teguran buat ana yang lupa untuk mendoakan mereka dalam doa rabithah ana. Allahummagfirli..

Monolog 3.

Dan ini adalah kisah paling sedih buat ana dan sahabat-sahabat ana di IPGM Kampus PulauPinang. Jika antunna membaca warkah ini, ketahuilah bahawa ana juga sedang berdukacita seperti antunna di sana. Semasa sedang wirid solat Maghrib 4 Januari, handphone ana berbunyi. Mesej masuk dan berbunyi, “Sal ana sedang sedih. Doakan ana tabah.” Allahu akbar jarang-jarang sekali kekasih ana ini mengucapkan sedemikian kerana beliau adalah seorang yang periang dan selalunya ana lah yang berkongsi kesedihan dengannya. Hati ini makin rancak ingin tahu. Ana pun menelefon beliau, namun ketika itu beliau sedang berusrah dalam nada yang sayup-sayup, masih berdukacita. Malamnya mata tidak boleh lelap selagi mana ana tidak tahu mengapakah sang kekasih ana ini bersedih. Jam hampir menunjukkan pukul 12 tgh malam, ana membuat panggilan telefon ke Penang. Dan beliau menjawab. Setelah hampir setengah jam kami bercerita, akhirnya airmata ini jatuh meyimbah ke bumi. Dapatlah ana ketahui bahawa seorang sahabiah ana yang sama-sama berjuang bersama ana suatu masa dahulu sehingga ke hari semalam mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama kami, Ya Allah lemah lutut ana ketika itu. Dan malam itu kami akhiri perbualan kami dengan tangis sendu yang sehingga kini masih berbekas di benak sanubari.

Pengajaran dari semua kisah-kisah di atas,

Dari hari ke hari ana semakin yakin bahawa hidayah itu benar-benar milik Allah.

Firman Allah yang berbunyi:

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undangNya)

(Al-Qasas : 56)

Siapa menyangka rakan yang sama-sama menangis, tertawa, makan, berjaulah hatta tidur bersama akan futur di saat kami semua masih lagi memerlukan beliau. Barangkali belum masanya untuk ana menganggap beliau telah futur, kerana sehingga ke hari ini ana dan rakan sahabiat yang lain tidak putus-putus berdoa agar beliau kembali kepada jalan payah yang menuntut berjuta pengorbanan dan keperitan ini. Namun, ana sentiasa mengingatkan diri ana agar tidak berterusan berada di dalam kesedihan dan kegundahan kerana Allah telah berfirman:-

“Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah egkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

(An-Nahl: 127-128)

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu) padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

(Ali-Imran : 139)

Allahu akbar,apa lagi yang diperlukan untuk menyejukkan hati ini? Apa lagi yang diinginkan sebagai syifa’ kepada semua kesulitan ini? Segalanya telah jelas Allah janjikan buat kita semua.

Seandainya mereka ini tahu dan mengambil pengajaran daripada firman Allah yang berbunyi:

“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dan Maha Terpuji.”

(Fatir :15)

“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang/berjihad), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya walau sedikitpun. Dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.

(At-Taubah: 39)


Alangkah bahagianya jika para sahabiat ana ini mengambil pengajaran daripada janji-janji Allah ini. Sesungguhnya jika ditakuti rezeki berkurangan, yakinilah bahawa soal rezeki telah ditetapkan sejak azali lagi dan janji Allah untuk membantu hambaNya yang membantu agamaNya itu benar, dan jika ditakuti akan dimusuhi oleh kaum kerabat atau sahabat-sahabat, yakinilah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Namun, hikmah atas segala tindakan mereka ini mungkin adalah teguran Allah buat ana kerana ana pernah terlupa menyebut nama mereka dalam setiap sujudku. Lihat betapa besarnya hikmah doa ketika sujud kerana itulah waktu kita paling hampir dengan Allah. Terlupa sesaat banyak yang akan kita hilang. Jadi berdoalah terus. Maka, buat mereka ini, ana memohon kemaafan. Igfirli, namun ketahuilah ana tidak akan pernah putus berdoa agar Allah memberi rahmat dan hidayahNya agar antunna kembali kepada kami dan terus berada di jalan ini.

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Aku hambaMU dan aku di dalam genggamanMu, aku dalam perjanjian beriman dan bertaat kepadaMu sekadar kesanggupan yang ada padaku. Ak berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Aku mohon keampunanMu, tidaklah ada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanya Engkaulah wahai Tuhanku.

(Sayyidul istigfar)

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

(Ali-Imran : 200)

“ Ya muqollibal qulub, tsabit qulubana a’la dinik”

La Tahzan InnAllaha Maa’na

mode: masih lagi dalam kesedihan namun tetap terus berdoa demi insan-insan tersayang

Bismillahirahmanirrahim


Assalammualaikum warahmatullah

Sehari sebelum menjelang tahun baru masihi. Hati semakin gundah memikirkan masa depan yang tak pasti. Usia semakin meningkat di kala hati masih lagi belum suci sepenuhnya di kala ini. Makin gundah sejak akhir-akhir ini. Sejak peristiwa lamaran tempoh hari, sehingga ke hari ini hati ini masih gelisah. Ya Allah kerjaku makin bertambah, kesihatan pula di saat ini masih lagi tidak mengizinkan. Barangkali kifarah dosa yang aku lakukan selama ini. Tak mengapalah. Mudah-mudahan nikmat kesihatan yang sedikit ini masih lagi boleh membantuku untuk membantu agama Allah.

Hari ini sekadar berkongsi sebuah kata-kata yang dikirim oleh adik kesayanganku kira-kira setahun yang lalu. Di kala itu, hati ini amat memerlukan syifa' yang dapat menyembuhkan kesakitan hati ini. Di bumi Baling, di waktu malam seingat ana, hadirlah kata-kata ini mengubat hati dan mengalirlah airmata mengenang dosa dan sakit yang tidak terhingga. Dan kini, kata-kata ini menjadi penawar semula untuk diri ini menjadi lebih kuat.

Hati,
Janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid,
tetapi kejarlah cinta penciptanya.

Hati,

Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,

sedangkan banyak lagi ilmu yang perlu aku raih.

Hati,

sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan?

tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya.

Kau perlu tabah,
dan aku tahu kau tak mampu untuk menjadi
sebegitu tabah hanya dalam sehari dua.
Duhai hati,

bersabarlah,
perjalan kita masih jauh,
teruskan doamu,

hari itu akan tiba jua,

apabila engkau telah bersedia mengahdapinya kelak,

bersabarlah.


Ya ana kene bersabar dan bertabah. Kene yakin bantuan Allah pasti akan tiba kelak. Dan duhai hati, bersabarlah sedikit lagi yer. Barangkali masih lagi ada urusan mu yang belum selesai di jalan dakwah di bumi Malaysia ini. Masih ada lagi insan-insan yang memerlukan mu untuk ditarbiyyahi dan juga mentarbiyyah dirimu yang hina ini. Bersabarlah. Kerinduanmu pada 'dia' dan bumi berdarah itu, mohonlah pada Allah moga dipertemukan jodoh dengan bumi kerinduan mukmin seluruh alam ini. Bumi itu, pasti ku akan menjejakkan kakiku di sana nanti sebagai tetamu Mu, Ya Rabb. Dan bumi anbiya', kerinduanku memuncak di kala ini. Duhai sahabiah di bumi anbiya' tunggu daku mengiringi antunna di sana nanti.Allahu musta'an.

Bismillahirrahmannirahim


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalammualaikum warahmatullah ikhwah wa akhawatul kiram.

Sebenarnye diri ini masih lagi buntu mencari idea nak tulis ape kat tinta blog kali ini. It has been a while since the last post I haven’t write anything serious on this blog. Mungkin ada yang dah mulai boring reading the same old entries with the same themes. Hakikatnya ana sudah kehabisan idea. Mungkin kerana cuti-cuti ini diri ini tidak banyak terlibat dengan aktiviti sosial di luar sana. Bukannya ape tidak berkesempatan untuk menghadiri atas beberapa faktor. Tapi itu semua alasan sebenarnya, jika nak seribu daya tak nak seribu dalih. Nauzubillah mudah-mudahan ana tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai.

Namun kelmarin, ada request daripada seorang adik bertanyakan khabar kisah ana di musim-musim cuti ini. Bagi yang arif tentang ape mungkin dah boleh trigger what am I talking about, of course lah bab yang satu tu.

Jadi untuk memenuhi permintaan adik tersebut, ana tulislah entry ini. Bagi sesiapa yang tidak berminat untuk mengetahuinya, anggaplah now you are reading a comic book. Why a comic book? Ntah ana pun tak tahu.

What had happened a few weeks ago was a frustration. Bab yang satu ini sekali lagi Allah uji. Masih lagi tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Kali ini tidaklah seteruk yang ana lalui setahun yang lalu, lantaran kedua-dua belah pihak bersetuju untuk hal ini ditangguhkan. Mungkin juga terpaksa dibatalkan kerana hal ini adalah berkaitan dengan masa depan, so we can’t tell what will happen in the future if we set a deal. Therefore, we decided to not put any deal and let Allah decides for our future. The full story hanya yang dekat jelah dapat tahu, bagi yang jauh maaflah yer, ni rahsia kerajaan keluarga ana, jadi ana tak nak lah bongkarkan di sini. Cukuplah sekadar anda semua tahu bahawa ana tidak berjaya dalam ‘temuduga’ itu. ‘Lamaran’ terpaksa ditolak kerana pelbagai faktor. Mudah-mudahan ana cukup tabah menghadapi hari-hari kemudian.

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan, I am still yours, hehe. Maaf buat kali kedua meninggalkan harapan pada antunna semua untuk melihat kakak dan sahabatmu ini bahagia. Jujurnya diri ini amat kecewa dan sedih, namun belajar untuk kembali tabah seperti setahun yang lampau. Diuji begini saat diri sudah bersedia, membuatkan diri ini makin matang jika hal begini terjadi buat kali ketiga dan seterusnya. Barangkali ada silap di mana-mana yang menyebabkan ana masih tidak diberi izin untuk menerima ‘lamaran’ ini. Untuk berada jauh dari keluarga maybe I am not that good, perhaps I still need a lot to learn. But I am still hoping that I can migrate to a place where I am nobody. Nak belajar untuk mengenali diri ini dan memantapkan tarbiyyah ini. Teringin yang amat. Doakan ya.

Kenapa nak pergi jauh sedangkan di bumi ini masih banyak lagi tempat yang belum menerima jejak kaki ini? Merajukkah? Tidak sama sekali, cumenye diri ini sentiasa berharap dapat menghirup udara di tanah yang lain pula. Dan antara diri ini menerima ‘lamaran’ itu juga adalah kerana diri ini merasakan that is the only chance I can get to go abroad atas tiket ‘lamaran’ ini. Namun nampak gayenye masih lagi Allah tidak beri izin. Confirmed ade silap kat mane-mane. Kene check balik diri ini. Walaubagaimana pun ana yakin pabila tiba masanya nanti pasti hari itu akan tiba jua. Therefore I have decided to not think about this anymore. The time is not yet coming, so I guess it is a waste thinking about this. Let’s think about something that is real, something that waits for us in front and we cannot run from it, DEATH. Jadinya persiapkan lah diri ini untuk hari yang satu ini. And one more thing, our STUDIES. Yang ini pun confirmed and wajib untuk kita laksanakan dan usaikan terlebih dahulu sebelum memikirkan masa depan yang tak pasti ini. Dah-dah jangan buang masa fakir benda-benda yang tak penting buat masa sekarang. Concentrate lah dengan apa yang ingin dicapai buat masa ini. Tapi jangan sampai melakukan sesuatu yang Allah larang lantaran tidak mampu lagi untuk melaksanakan urusan yang satu itu. Moga Allah beri kekuatan pada kita semua agar bersabar dalam melaksanakan tiga tuntutan sabar itu. Ape dia adik-adik? Sabar dalam beribadah, sabar dalam meninggalkan maksiat dan sabar ketika ditimpa musibah. Dan bersabar dalam beribadah itu adalah yang paling berat. Oleh itu, ana kene bersabar, kerana perkara ini adalah sebagian daripada ibadah, makanya ana kene sabar.

“Sabar ye Solehah, walau berapa kali sekalipun lamaran mu ditolak, bersabarlah, pasti ada titipan terbaik buatmu nanti. Sabar ye.”

Fuh penat nak pujuk diri, sampai menitis air mata ketika solat. But this is what I can do at the moment, walaupun bunyi macam pathetic tapi nak buat macamane. If I am not the one yang comfort myself, then who will? Pujuk diri dengan sabar dan solat, pasti Allah bantu. Time will heal, inshaAllah. It has been proven.

So lastly, this is all for now. Nak mengetahui lebih lanjut boleh ym atau call ana sendiri. Well we are cool, bak kata Anis MacQ. So there is no need to feel sad. Besides I know that my friends will always be there and support me. With prayers I hope we all live dalam redhoNya. Ameen.

Allahu a’lam

Mode: Mengira hari-hari di bumi jelapang padi.

Bismillahirrahmannirahim

Assalammaualaikum warahmatullah

Alhamdulillah wa syukurlillah.

Usai sudah masjlis daurah remaja kampung anjuran JAIS hari ni, tepat jam 12.30tgh tadi.

Seronok melayan kerenah kanak-kanak. Yang dah remaja pun boleh tahan jugak perangai depa.Terubat rindu dekat anak-anak buah yang sumenye pakat dok KL cuti-cuti ni. Almaklumlah dok kat kampung ni boring bagi anak-anak kelahiran ibu kota seperti KL tu. Tapi xpelah, rindu ni dah terubat dengan telatah adik-adik yang menghadiri daurah ni selama seminggu.

Masa seminggu itu sangatlah pendek. Terasa bagai semalam baru ku jejakkan kaki ke program tersebut dan berkenalan dengan adik-adik ni. Namun apekan daya, TIME IS RUNNING and cannot be turned back. So I have to admit that. That is the fact that cannot be changed.

Walaupun setakat 5 hari jer, I hope that adik-adik ni dapatlah menggunakan ilmu yang dorang dapat tu walaupun sedikit namun diharapkan ianya bermanfaat buat semua.

Buat adik-adik di luar sana yang masa cutinya masih lagi belum terisi, isilah dengan sesuatu yang bermanfaat. Ajaklah parents tu pi jejalan ke atau pun pergilah ke majlis-majlis ilmu sebegini. Ana yakin banyak di luar sana, cumenye kitelah yang kene grab the opportunity. Perhaps this will help us improve. Pada ibubapa yang sibuk melayan kerenah anak-anak di rumah, ape kate send your kids to any programmes yang bermanfaat, insyaAllah pahalanya nanti dapat pada kite jugak.

Actually nk tulis banyak lagi, tapi insyaAllah di lain siaran. Hopefully ana boleh lagi bertemu dengan adik-adik ni dalam program yang lain. Manelah tahu kot2 ade di kalangan ikhwah akhawat di luar sane yang berminat untuk buat program bagi remaja kampung macam kami ni. Kalau berminat boleh diusulkan, insyaAllah ana akan usulkan pada yang berkenaan. Perhaps me myself nak jugak buat program berbentuk sebegini in the future.

Moga bermanfaat buat semua.

p/s: Adik2 ku sayang, moga hidayah menemani mu di mana jua adik-adik berada.

Love
Kak solehah bt karim
disember 09


Bismillahirrahmannirahim


Assalammualaikum warahmatullah

Segala puji bagi Allah kerana diri ini masih lagi dapat bernyawa dan bernafas di atas bumiNya yang fana ini. Namun disebalik nyawa dan nafas yang masih lagi boleh berfungsi ini, ada nyawa2 yang telah kembali menghadap sang Pencipta. Pemilik nyawa yang Maha Kekal.

Pagi tadi jam 6pg (menurut sumber dari makcik ku), perginya seorang lagi nenek yang amat ku kenali dan dialah satu-satunya nenek yang tinggal di sebelah keluarga nenek ku sendiri. Wan Esah pergi menghadap Allah buat selamanya. Punca kematian sebenar tidak diketahui kerana almarhumah terjatuh beberapa hari yang lalu yang menyebabkan kepala beliau berdarah. Mase tu dah agak panik jugak family kami, sebab iyelah orang dah berumur dan tak sihat pulak tu jatuh dalam keadaan yang kedengaran mengerikan. Namun akhirnya Allah lah penentu segala. Almarhumah kembali kepada Allah di waktu insan lain sedang bersiap sedia untuk mengadap Allah untuk solat subuh. Namun dialah yang paling beruntung kerana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu.

Hari ini jugak first day jadi fasi tuk program anjuran JAIS di masjid. Seluruh masjid hari ini memperkatakan bab kematian ini. Abangku adalah antara orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program ini dan beliaulah antara orang yang paling banyak bercakap tentang kematian ini.

Di kala abangku bercerita tentang azab kubur dan tanggungjawab kita sebagai anak, fikiran ini melayang seketika memikirkan tentang diri ini dan seluruh keluarga nanti. Bagaimana dan siapakah yang akan menguruskan sekujur badan ini nanti apabila dipanggil Allah kelak? Betullah kata abangku, ilmu menyanyi dan seangkatan dengannya tidak mampu membawa kita ke syurga. Jika di atas bumi saja nggak beres, gi mana mahu meneruskan prosedur seterusnya di dalam kubur kelak.. wah ckp indon sat, baru menusuk dan sampai maksudnya.

"Adik2 nak jadi doktor, engineer, peguam dan sebagainya silakan. Namun ilmu itu semua tidak akan menjadi apa-apa jika ilmu akhirat itu tidak dipenuhkan dalam dada," kata abangku.

Adik-adik seusia 5 ke 10 tahun yang hadir ke program ini jika tidak memahami maksud abangku itu, tidak mengapa. Tapi bagaimanakah kita? Ya Allah bila abangku bercakap mengenai siapakah yang akan menguruskan sekujur badan ini apabila pergi menghadap Illahi, wah tersentak seketika memikirkan siapakah nanti gerangan yang akan berbuat sedemikian untuk ku kelak. Dah tiba masa untuk berubah dan berfikirlah ke arah kematian. Sesungguhnya masa itu tidaklah diketahui, namun bila-bila masa sahaja kita bisa dijemput olehNya.

Sudah-sudahlah dengan cerita-cerita yang melalaikan, cepat-cepat lah mengingat MATI. Nauzubillah jika anda nanti mati di tempat-tempat seperti panggung wayang, dan tempat-tempat yang syubhah, anda tahu sendiri namun buat-buat pekak, buta dan bisu. Tak gitu? Pabila nasihat itu diberikan kerap kali kita tutup telinga dan buat-buat pekak, kerana keangkuhan kita pada manusia dan Allah. Ingatlah ye sahabat-sahabat, nasihat itu bukan nya untuk menghukum atau menindas kita, namun adalah untuk menyelamatkan kita dari bahana neraka kelak.Allah sendiriberfiman,

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. at-Tahrim [66]: 6).

Tak mau dengar lagi? Tak pelah kami tidak akan putus berdoa dan berusaha untuk menyelamatkan kita semua dari bahaya neraka.

Oklah stop sini dulu, nanti sembang len. Ade jugak bende lain nak bagitau tapi xpelah yang tu boleh tunggu, insyaAllah.

Akhirul kalam, ana berdoa semoga roh Wan Esah akan sejahtera di alam barzakh sana. Moga doa-doa dari anakda dan cucunda tercinta yang soleh /ah akan terus segar untuk almarhumah di sana.

Al-Fatihah...
Bismillahirrahmannirahim


Assalammualaikum...

Kaifa halukum? Ana doakan antum wa antunna bikhair insyaAllah. Apa khabar iman di musim2 cuti2 ni? Ana doakan jugak makin bertambah mudah2an=) Naik turun tu perkara biasa, tapi jangan sampai kita semua karam. Ana mengingatkan diri ana jugak yang lately mungkin agak hampir karam, dibuai 'keseronokan' berada di rumah ini. Dalam usaha untuk kembali dalam mood bekerja insyaAllah. Rasa macam dah lama sangat berehat dari arena ini.. Ud'uni ya=)

Actually day by day i'm looking for the right topic of my new entry. And today terasa plak ingin menulis walaupun i don't have the suitable and right topic to share, but im trying.

The topic is like what you have already read above. TIME IS RUNNING. Of course lah time is running, namanya pun masa,hehe. Saje bergurau senda. Since today rasenye the theme of the day is TIME so I thought that I want to write about this.

Have you guys ever think to turn back time? Well actually in my life today, masa memang amat cepat berlalu. Kalau nak berbalik kepada sejarah setahun dahulu, at that time ana tengah mourned, hidup x keruan. Tapi masa itulah hati dan jasad ini terasa sangat dekat dengan Empunya diri. Ya Allah sangat2 rindu saat2 itu. Setahun lalu, diri ini bertarung dengan emosi dan hati. Kadang-kadang ade ketika ana tidak dapat mentafsir secara rasional angkara hati ini masih lagi diselaputi dosa kenangan silam. Tapi betullah Allah itu dekat seperti firmanNya:-

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) , sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Sebab itu hendaklah mereka memohon perkenan kepadaKu dan berimanlah kepadaKu , supaya mereka memperoleh petunjuk." (Surat Al Baqarah , ayat 186).

Betul, tak syak lagi. Masa itu setiap ketika tanpa ada senggang, ana berdoa moga hati ini Allah gantikan dengan yang baru.Abdullah Ibn Mas’ud pernah berkata:

'"Bawalah hatimu mengunjungi tiga (3) tempat. Pertama ke tempat orang yang membaca Al Quran tidak kira sama ada kamu mengikutnya membaca atau kamu sekadar mendengarnya. Kedua kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."

Dan alhamdulillah, ana semakin yakin bahawa hati yang dimiliki hari ini adalah hati yang baru, insyaAllah=).

That was my story a year ago. And throughout this year, I have been through many things in my life. Kesibukan bersama rakan-rakan ikhwah akhawat semasa di MIZU09, Mukh de Syarif, Tamrin Murabbi, SAMPEL akhawat UUM, dan bermacam-macam lagi had made me forgotten about that miserable incident. Kisah abah masuk hospital gara-gara 3 serangkai, buat hati ini makin risau dengan masa yang tinggal. Sometimes I easily forget about this. Yelah bile balik rumah jer, abah macam steady jer. Although everynight I watch him makan ubat. Kadang-kadang mata ni memang tak nak tengok abah makan ubat. So lalu jelah depan abah atau buat2 menyanyi,huhu. Hati ini sedih benarnye. And now my uncle pun kene penyakit yang hampir sama. Ya Allah aku mohon lindungilah mereka dan kurniakanlah nikmat kesihatan agar mereka masih lagi mampu beribadat kepadaMu. Nowadays abah dah boleh dukung his grandson and grandaughter. Yang kecik-kecik jer walaupun agak berat. Seronok sungguh. I still remembered, masa dulu abah nak keluar hospital, nurse tu nasihatkan abah, jangan dukung cucu dalam sebulan masa tu lah. Now abah dah boleh buat semua kerja, but mak sangat bimbang I know that. But I hope and pray may He blesses and protects my parents, ameen.

And today, I am counting down my days in UUM. In less than 5 months from now, I will be leaving bumi jelapang padi itu. Di sanalah tarbiyyah ku teruji. I think it is still early to talk about this, but I have to remind myself that there are plenty of 'problems' waiting for me ahead, in UUM and Penang. Moga Allah permudahkan urusan. Nak tinggalkan bumi jelapang padi ini sangat2 berat. Rase sayang sangat. Tak tau kenape. Agak2 wani rasa sama tak macam sal rasa??? Barangkali mungkin kerana sayang, mungkin juga kerana ukhuwah baru nak terbina.

"Hati kita sering terbeli oleh orang yang berbuat baik kepada kita Itulah chinta.. chinta yang mebuat kita ringan berbuat dan bahkan berkorban kita chinta kepada oran tua yang banyak memberi kebaikan kita pun chinta kepada siapa sahaja yang membuatkan kita mendapat nikmat kebaikan.Tetapi sesungguhnya semua sumber kebaikan semuanya daripada Allah, sedangkan makhluk adalah jalan nikmat yang dia berikan kepada kita. Oleh jikalau itu, jika kita ingin menumpahkan cinta, cinta sejati kita ialah chinta kpd sumber kebaikan, sumber kebahagiaan. Dialah Allah, yang Maha Pechinta dan yang layak dichintai."

Mungkin itulah sebabnya diri ini terasa sukar untuk pergi. Samalah perasaannya semasa kaki ini ingin melangkah keluar dari bumi Pulau Mutiara dulu. Kini adik-adik, dan sahabiah yang ditinggalkan sudah semakin dewasa dalam menjernihkan fikrah mereka. Walaupun pelbagai keluhan dan rungutan, namun masih banyak lagi cerita-cerita gembira yang tidak mereka kongsikan ketika bersemuka, namun dari riak wajah ceria mereka, ana tahu, they have many good news than the other one. Cumenye tak nak cerita, sebab muke kak sal adalah muke orang yang boleh selesaikan masalah jer,hehe. Betul tak??=) Tapi hati ini berat untuk meninggalkan bumi jelapang padi ini. Kerana risau dalam masa yang singkat ini, mampukah keringat ini digunakan sepenuhnya untuk memberi kefahaman tentang ape itu ISLAM pada adik-adik yang sentiasa menanti untuk ditarbiyyah? Ya Allah jika aku gagal melaksanakan tugas ini, mohon berilah pengganti yang lebih baik dariku untuk membimbing mereka nanti. Ana yakin pasti pengganti ana nanti insannya lebih mantap untuk memikul taklifan ini, mudah2an Allah titipkan the right one, ameen [ risau sebenarnye=( ]

And lastly, I am counting down my ............
Biarlah rahsia at the moment. Masa dan tarikh pun tak ade lagi. Actually masih lambat lagi sebenarnye tapi masih lagi menanti masa yang tepat untuk di annouce kepada umum. Almaklum masih belum tamat belajar, macam-macam halangan, tapi mohon moga Allah permudahkan urusan yang satu ni. Tapi memang banyak halangan. Dan dah ramai yang bertanya, tak tau nak jawab ape, sebabnye banyak. Jawapan ada pada my mom and dad. Kalau teringin sangat nak tau ape bendenye, pi lah tanya my mom and dad. At the moment depa senyapkan hal ni. Malam dapat panggilan dari 'oversea' tempoh hari was the night yang I revealed everything. And looked like my mom and dad have decided. Now I have to prepare mentally and physically supaya I got to accept the decision yang will come out from my mom's or dad's mouth. Wah berdebar kan?? Ana lagi berdebar. Hari-hari ku diselimuti rasa berdebar. Tiada lagi panggilan dari bumi jauh itu. Nak habaq tapi tak gamak. Tunggu jelah nampaknye.. Ya Allah beri aku kesabaran dalam melalui hari-hari mendatang.

Memetik sebuah hadith yang terkandung dalam kitab HAdith 40 karangan Imam Nawawi :

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

Sebelum-sebelum ini, even a year ago, ana berpegang pada hadith inilah. No matter how hard we try, if Allah does not insist, there will be nothing happen. Segalanya sudah tertulis, sepertinya skrip sebuah drama dan movie, hanya memerlukan pelakonnya sahaja bersedia untuk melakonkan watak-watak yang diberi. Begitulah hidup. But it does not mean that you do not have to put on your effort to gain and get something. There is effort required. If not you will not get anything you always demand. So let us work and work, sebab daie itu tiada rehat sehinggalah kakinya mejejak di syurga. So janganlah risaulah, kerana tiada apa yang akan berlaku jika Allah tak izin. Jadinya dalam bab yang satu ini juga jika Allah masih belum beri izin, tiada apa yang berlaku. Doaku masih sama, moga Allah titipkan sang kekasih pilihanNya buatku. Hanya pilihanNya. Ameen.

Dan begitulah ana menghitung hari-hari ke depan ini. Banyak yang masih bermain di fikiran. Namun tidak akan terurai di sini. Segalanya ada pada Dia. Bilamana kita bertanya, agaknya di bumi manakah kita akan berakhir? Jawapannya pastilah hanya Allah yang Maha Mengetahui. Lalu berdoalah moga bumi itu adalah bumi berdarah tinggalan syuhada', bumi yang gersang namun penuh barakah, bumi yang sejuk namun panas dengan kisah tarbiyyah, atau bumi yang panas, namun dingin dengan hembusan nafas daie/ah pejuang agama. Di mana? Kita yang pilih tapi Allah telahpun memilih untuk kita.

Teruskan lah berjalan, bermusafir dan mentafsir. Hidup ana sehingga kini, masih lagi belum dimiliki oleh bumi mana pun. Kaki ini akan terus berjalan dan berpijak di mana sahaja jasad dan hati ini ingin dimiliki. Barangkali bumi Malaysia ini akan ditinggalkan demi menyahut panggilan mujahidah di bumi sane. Tak jauh namun perit pada mulanya, ana yakin. Walau di mana sekalipun kaki ini dan masa itu berjalan, jasad dan hati ini adalah untuk agamaMu. Doakan daku tsabat di jalan ini. Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Allahu a'lam

mode: tengah nak upgrade iman. masih menunggu kepulangannya.